Invalid Date
Dilihat 111 kali
BIODATA RASULULLAH S.A.W
π Nama : Muhammad bin Abdullah bin Abdul
Muththalib bin Hashim.
π Tarikh lahir : Subuh hari Senin, 12 Rabiul
Awal bersamaan 20 April 571 Masehi (Terjadi Perbedaan Pendapat Ulama tentang
Tanggal Masehi), dikenali sebagai Tahun Gajah; karena peristiwa tentara
bergajah Abrahah yang menyerang kota Kaβbah.
π Tempat lahir : Di rumah Abu Thalib, Makkah
Al-Mukarramah.
π Nama bapak : Abdullah bin Abdul Muththalib
bin Hashim.
π Nama ibu : Aminah binti Wahab bin Abdu
Manaf.
π Pengasuh pertama : Barakah Al-Habsyiyyah
(digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapak Rasulullah SAW).
π Ibu susu pertama : Thuwaibah (hamba
perempuan Abu Lahab).
π Ibu susu kedua : Halimah binti Abu Zuaib
As-Saβdiah (lebih dikenali Halimah As-Saβdiah, suaminya bernama Abu Kabsyah).
USIA 5 TAHUN
π
Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat
ROSULALLAH MUHAMMAD SHOLLALLAHUβALAIHI WASALLAM manusia suci tanpa cela dan
noda dibelah dadanya untuk menambah kesucian di dalam hatinyaβ¦
USIA 6 TAHUN
π
Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa β
(sebuah kampung yang terletak di antara Makkah dan Madinah, baginda dipelihara
oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapak Rasulullah SAW) dan dibiayai oleh kakeknya
Abdul Muththalib.
USIA 8 TAHUN
π
Kakeknya, Abdul Muththalib pula meninggal dunia.
Baginda dipelihara pula oleh pamannya, Abu Thalib.
USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia
12 tahun).
πBersama
pamannya, Abu Thalib bermusafir ke Syam untuk urusan perniagaan.
πDi kota Busra, negeri Syam, seorang pendeta Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.
USIA 20 TAHUN
πTerlibat
dalam peperangan Fijar. Ibnu Hisyam di dalam kitab βSirahβ, jilid 1, halaman
184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah 14 atau 15 tahun.
Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperan mengumpulkan anak
panah sahaja.
πMenyaksikan
β perjanjian Al-Fudhul β ; perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada
orang yang didzalimi di Makkah.
USIA 25 TAHUN
πBermusafir
kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid
Al-Asadiyah.
πPerjalanan
ke Syam ditemani oleh Maisarah; Lelaki suruhan Khadijah.
πBaginda
SAW bersama-sama Abu Thalib dan beberapa orang pamannya yang lain pergi
berjumpa Amru bin Asad (bapak saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang
berusia 40 tahun ketika itu.
πMas
kawin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham dan 20 Unta terbaik
saat itu.
USIA 35 TAHUN
πBanjir
besar melanda Makkah dan meruntuhkan dinding Kaβbah.
πPembinaan
semula Kaβbah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Makkah.
πRasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan βHajarul-Aswadβ ke tempat asal dan sekaligus meredakan perselisihan terkait peletakan batu tersebut.
USIA 40 TAHUN
πMenerima
wahyu di Gua Hiraβ sebagai pelantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.
USIA 53 TAHUN
πBerhijrah
ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq.
πSampai
ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal / 24 September 622 M.
USIA 63 TAHUN
πKewafatan
Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Senin, 12 Rabiulawal tahun
11Hijrah / 8 Juni 632 Masehi.
Β
ISTERI-ISTERI RASULULLAH SAW
π
Khadijah Binti Khuwailid.
π
Saudah Binti Zamβah.
π
Aisyah Binti Abu Bakar (anak Sayyidina Abu Bakar).
π
Hafsah binti βUmar (anak Sayyidina βUmar bin Al-Khattab).
π
Ummi Habibah Binti Abu Sufyan.
π
Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah).
π
Zainab Binti Jahsy.
π
Maimunah Binti Harith.
π
Safiyah Binti Huyai bin Akhtab.
π
Zainab Binti Khuzaimah (digelar βUmmu Al-Masakinβ, Ibu Orang Miskin).
Β
ANAK-ANAK RASULULLAH SAW
1.π Qasim
2.π Abdullah
3.π Ibrahim
4.π Zainab
5.π Ruqaiyah
6.π Ummi Kalthum
7.π Fatimah Az-Zahraβ
Β
ANAK TIRI RASULULLAH SAW
π Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah at-Tamimi (anak Sayyidatina Khadijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika berkahwin dengan Rasulullah, Khadijah adalah seorang janda).
Β
SAUDARA SEPERSUSUAN RASULULLAH
SAW
1. Hamzah bin Abdul Muthalib
2. Abu Sufyan bin Harith bin Abdul
Muthallib
3. Abu Salamah
4. Abdullah bin Harith bin Abdul β Uzza
5. Syaima β binti Harith bin Abdul β Uzza
6. βAisyah binti Harith bin abdul β Uzza
Β
Β
Sabda Rasulullah SAW:
βSesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai aku
Dan sesiapa yang mencintai aku niscaya dia bersamaku di dalam syurga.β
(HR. Tirmidzi dan Thabrani)
Β
Ψ§ΩΩΩΩ Ψ΅ΩΩ ΩΨ³ΩΩ ΨΉΩΩ Ψ³ΩΨ―ΩΨ§ Ω ΨΩ Ψ― ΩΨΉΩΩ Ψ’ΩΩ ΩΨ§Ψ΅ΨΨ§Ψ¨Ω ΩΨ³ΩΩ
Nabi Muhammad SAW β Manusia agung
KENALI NABI MUHAMMAD S.A.W. SECARA LAHIRIAH
πBegitu
indahnya sifat fisikal / jasmani Baginda, sehinggakan seorang ulama Yahudi yang
pada pertama kalinya bertemu muka dengan Baginda lantas melafazkan keislaman
dan mengaku akan kebenaran apa yang disampaikan oleh Baginda.
Di antara kata-kata apresiasi para sahabat ialah:
π
Aku belum pernah melihat lelaki yang segagah Rasulullah saw..
π
Aku melihat cahaya dari lidahnya.
π
Seandainya kamu melihat Baginda, seolah-olah kamu melihat matahari terbit.
π
Rasulullah jauh lebih indah dari sinar bulan.
π
Rasulullah seumpama matahari yang bersinar.
π
Aku belum pernah melihat lelaki setampan Rasulullah.
π
Apabila Rasulullah merasa gembira, wajahnya bercahaya seperti bulan purnama.
π
Kali pertama memandangnya sudah pasti akan terpesona.
π
Wajahnya tidak bulat tetapi lebih cenderung kepada bulat.
π
Wajahnya seperti bulan purnama.
π
Dahi baginda luas, raut kening tebal, terpisah di tengahnya.
π
Urat darah kelihatan di antara dua kening dan nampak semakin jelas ketika
beliau marah.
π
Mata baginda hitam dengan bulu mata yang panjang.
π
Garis-garis merah di bagian putih mata, luas kelopaknya, kebiruan asli di bagian
sudut.
π
Hidungnya agak mancung, bercahaya penuh misteri, kelihatan luas sekali pertama
kali melihatnya.
π
Mulut baginda sederhana luas dan indah.
π
Giginya kecil dan bercahaya, indah tersusun, renggang di bagian depan.
π
Apabila berkata-kata, cahaya kelihatan memancar dari giginya.
πJanggutnya
penuh dan tebal menawan.
π
Lehernya kecil dan panjang, terbentuk dengan cantik seperti arca.
π
Warna lehernya putih seperti perak, sangat indah.
π
Kepalanya besar tapi terlalu elok bentuknya.
π
Rambutnya sedikit ikal.
π
Rambutnya tebal kadang-kadang menyentuh pangkal telinga dan kadang-kadang
mencecah bahu tapi disisir rapi.
π
Rambutnya terbelah di tengah.
π
Di tubuhnya tidak banyak rambut kecuali satu garisan rambut dari dada ke pusat.
π
Dadanya bidang dan selaras dengan perut. Luas bidang antara kedua bahunya lebih
daripada biasa.
π
Seimbang antara kedua bahunya.
π
Pergelangan tangannya lebar, lebar telapak tangannya, jarinya juga besar
dan tersusun dengan indah.
π
Tapak tangannya bagaikan sutera yang lembut.
π
Kakinya berisi, tapak kakinya terlalu licin sehingga tidak melekat air.
π
Terlalu sedikit daging di bagian tumit kakinya.
π
Warna kulitnya tidak putih seperti kapur atau coklat tapi campuran antara coklat
dan putih.
π
Warna putihnya lebih banyak.
π
Warna kulit baginda putih kemerah-merahan.
π
Warna kulitnya putih tapi sehat.
π
Kulitnya putih lagi bercahaya.
π
Binaan badannya sempurna, tulang-temulangnya besar dan kokoh.
π
Badannya tidak gemuk.
π
Badannya tidak tinggi dan tidak pula rendah, kecil tapi berukuran sederhana
lagi gagah.
π
Perutnya tidak buncit.
π
Badannya cenderung tinggi, saat berada di orang ramai nabi tidak terlalu tinggi
dan tidak terlalu rendah, ideal.
KESIMPULANNYA :
Nabi Muhammad SAW. adalah manusia agung yang ideal dan sebaik-baik contoh
sepanjang zaman. Kirimkan kepada sahabat-sahabat muslim lainnya agar timbul
kesadaran untuk mencintai Allah dan Rasul-Nya, seperti Allah dan Rasul-Nya
mencintai umatnya.
Β
Editor: Mas Endro
#lunangselatan #maulidnabi
Β
Sumber Inspirasi:
https://nu.or.id/sirah-nabawiyah/biografi-nabi-muhammad-kelahiran-hingga-masa-remaja-bagian-i-ASdMk
http://masjidnurulislam.web.id/tausiyah/biodata-rasulullah-s-a-w/ Β
Bagikan:
Nagari Lunang Selatan
Kecamatan Lunang
Kabupaten Pesisir Selatan
Provinsi Sumatera Barat
Β© 2025 Powered by PT Digital Desa Indonesia
Pengaduan
0
Kunjungan
Hari Ini